Friday, January 29, 2010

Sengal

hari itu
aku nyaris bergaduh ngan cik abg mie
gara-gara
terlalu percayakan cakap orang...
mulut orang bukan boleh kita tutup
dan orang juga bukan senang
tengok kita hidup bahagia
ada je yang jeles
sakit hati sangat gamaknya
tengok aku berbaik laki bini
benci betul tapi..
part yang paling aku benci ialah
aku termakan jugak ngan cakap orang tu
sennngggalllll betul ek...
apa ra...
apa pun aku dah jadi lebih berhati-hati
mengamati apa yang keluar dari mulut orang
berkenaan hal rumahtangga aku...
semoga Allah melindungi aku dari syaitan yang direjam!.Amin

Friday, January 8, 2010

MeNuMpaNG


Alkisahnya
si budak wina ini
telah mula menunjukkan
reaksinya yang sebenar
tentang kes
aku menghantarnya kerumah kawan aku...
jeng jeng jeng
akibat dari itu
cik wani kena bercuti sebelah petang tadi
memandangkan cik wina
bertegas
tak mahu ke rumah cikno!
sehinggakan dia berkata
"tak apalah ina berenti skola je..ina nak duduk umah!"
akhirnya
aku buat keputusan
untuk menelefon Taska Kyrana
bagi menghantarnya semula ke Taska...
dan mungkin rezeki cik wina
pengusaha taska
bermurah hati untuk memberikan diskaun
pada yuran penjagaannya...
alhamdulillah
sebenarnya itulah yang dia mahukan...
aku tahu...
dan aku juga sedar
bahawa
kadang-kadang
kita ini sebagai ibubapa
sebenarnya
kita menumpang rezeki anak-anak kita!
kasihilah mereka
dan kasihanilah mereka.

Tuesday, January 5, 2010

How do i look?

"abis ni muka ina macam muka siapa?"
ayat pertama yang keluar dari mulut comel cik wina
semalam...kelakar la dia ni
pepagi wat hal...baring2 ngan bantal bucuk dia
sambil hisap jari...
macam nak g sekolah..macam tak nak...
kejap2 buat muka...
nak minta pizza la...nak minta duit la...
nak buat air susu la...
nak itu..nak ini...
last2 bila aku tinggi suara
dia cool down cket...
geram betul...hangin aku pepagi...
semalam aku hantar dia ngam2 kul 8 pagi...
orang semua dah masuk kelas...
tapi ada jugak la yang melalak kat luar..
aku takut jugak cik wina melalak..
tapi aku tahu dia ok...sebab umur 3 tahun
dia dah mula belajar kat taska kyrana
dan bila dah mula sekolah tadika ni
dia tak lagi duduk di taska kyrana
sedih jugak...tapi nak buat camna...
aku hantar dia kerumah kawan
segalanya aku khuatir tentang anak2 aku...
kalau boleh biar diaorg selesa
aku hanya mampu buat yang terdaya...
tapi alhamdulillah
cik wina sangat ok...dia kata seronok pergi sekolah.
lega hati aku...dan dia kata ina ok je lah duk umah cikno....
huh itu sudah cukup untuk aku kembali bekerja
pada hari ini...
banyak yang perlu diselesaikan.
ahhhhh.......

Tuesday, December 29, 2009

5 hari lagi

lagi 5 hari
anak-anak akan memulakan sessi persekolahan
ahhh..leganya segala urusan dah selesai
keperluan anak2 tahun depan
dari hujung rambut sampai ke ujung kaki
semuanya aku beli di ten ten sahaja
semuanya jenama newbery...
berpatutanlah harga ngan kualitinya.
untuk anak2 yg ramai
rasanya berbaloi jugak beli keperluan sekolah kat sini.
Yang bestnya aku beli sumer keperluan tu
kat ten ten Mersing!
selain itu derang buat promosi
setiap RM60 yang dibelanjakan dapat satu borang
insuran kemalangan diri percuma!
hebat kan...at least dpt cover setahun utk setiap anak
ok jugak...
dan cik wina akhirnya
aku daftarkan dia di Sekolah Tadika Agama Johor
dibawah seliaan Jabatan Agama Johor.
Alhamdulillah.
Segala urusan berjalan lancar.Mudah2an
sessi persekolahan tahun hadapan anak2
dapat menjadi pelajar yang cemerlang...

Wednesday, December 23, 2009

GenG BaS SekolaH


"Ibu, wina nak jadi geng bas sekolah!"
kelako budak nih..

malam tadi melayan cik wina ke Tesco Extra Plentong
emmm...nampaknya anak2 yang len kena tinggal la
abis sumer excited nak berzapin,..berjoget
x nak ikut kitaorg...
so...memang penat la melayan cik wina...



singgah kat BBQ Chicken
wah..sedap jugak makan kat sini
selain sedap ia berkhasiat
guna 100% olive oil
menu BBQ Jerk dia memang sedap
tapi aku cuma makan Korean Charbroiled Salad
sedap jugaklah...
untuk cik wina cuma happy chic
dan sudah tentu
Pat Bing Soo dia...
apa pun yang penting cik wina dan ayah dia
puas hati dan hepi!!!

Tuesday, December 22, 2009

Hadiah!


Yahooo...
alhamdulillah
dapat hadiah...
dari siapa?...
hmmm...
no..no..no...
rahsia
sebab
biarlah ia rahsia...
hehehehe
anggap je hadiah kasih sayang!

Monday, December 21, 2009

Nur Syazwani

Sabtu lepas
aku bawa cik wani ke doktor
doktor sahkan yang kat tengah belakang badan dia
tu sebagai sebacean cyst atau lump
entahlah aku pun tak tahu...
dia kata tak boleh buat diklinik kerana
takut berlaku pendarahan teruk
so dia refer ke pakar kanak2 di PSH
hmmm..semalam aku bawa tapi doktor yg sepatutnya
cik wani jumpa tu off duty pula..
so..maybe dalam minggu ni aku akan bawa dia kesana
aduhai..macam2 anak aku yang sorang ni
udah le tonsil nanti kena buat operation
ini operation jugak...
hmm..patut la dia selalu letih longlai..
selalu x sihat...
sian betul...
ah..pening aku dibuatnya.
"Ya Allah permudahkanlah urusan anak-anakku"