Tuesday, June 26, 2012

PaNiK


sibudak comey ini telah membuatkan jantung haku macam nak tercabut minggu lepas
apa taknya pagi tu aku sibuk cari kereta sebab nak g interview keja gomen kat jb
sebab keta aku rosak
balik dari jb pun dia tengah tido so takdelah aku nak membelek2 wajah kesayangan hamba ini
tetiba bila kakak kata telinga adik berdarah bu tadi...
zuppp....aku rasa kering darah seketika...
Laaa...apa pulak ni...punyalah panik aku bergegas ke klinik kesihatan yang berdekatan
punyalah ramai orang...puas dia menangis kesana kesini...itu ini..doktor kata takde pape
mungkin luka sikit dibahagian atas dalam telinga...itu saja. dibekalkannya hanya ubat demam.

nak dijadikan cerita
selepas maghrib usai solat dan makan malam
telinga dia berdarah lagi!..peh...mengalir agak banyak jugak
aku dah sakit perut memandang
pastu dia dok pegang telinga
aku apalagi la punya panik...cam nak nanges pun ada...
amik keputusan ke Hospital terdekat...Hospital Wakaf JCorp
punyalah lega perasaan bila diperiksa oleh doktor dan disahkan bahawa
dak syahir ni mengalami bisul sahaja...dan sudah sampai masa ia pecah...
cuma malangnya ia tumbuh didalam telinga yang sempit itu...haha
alhamdulillah...aku bersyukur sangat sebab dia tak apa2
kalau tak...aku rasa aku dah pengsan dulu gamaknya kan...
aku harap selepas ini dia sihat sejahtera hendaknya...selamanya.amin. 

Saturday, June 16, 2012

DouBLe HaPPineSS


Memula kami nak wish 


Sebab Kami sayang Ayah...(daripada Wani, Wana, Wina, Syahid dan Syahir!)



Pastu Kami nak wish Selamat Hari Lahir....
Semoga Ayah Sihat, Sejahtera Dan Dilindungi Allah Sentiasa.


So sekarang haku nak kata
selamat hari bapa dan selamat hari lahir buat suami terchenta
semoga hari2 mendatang semakin menguatkan kasih sayang antara kita.
Semoga Allah sentiasa memberikan yang terbaik untuk kita sekeluarga.

p/s :- hadiah dah dapatkan....kan...kan...