Showing posts with label Sessi 40 Minggu. Show all posts
Showing posts with label Sessi 40 Minggu. Show all posts

Tuesday, January 21, 2014

Tak2ut

Assalamualaikum Pagi ni bangun tido solat subuh terus berkata kat diri sendiri "aku tak takut!" hehehe sebagai perempuan aku kena berani Ya sebab Allah dah jadikan perempuan begitu buat apa aku nak rasa takut lagipun ini bukan kali pertama, InshaAllah aku akan lalui perkara ini dengan hati yang lapang dan redha dengan semua Ketentuan Yang Allah dah aturkan untuk aku. Semoga semuanya dipermudahkan. Amin.

Friday, January 14, 2011

....?......?.....?

semalam aku g check up cam biasa
nampaknya doktor still x puas ati ngan bacaan bsp pre breakfast aku
so pagi ni kenalah wat bsp tuk pre breakfast je...
keputusannya...masih diparas 6.4...
tertekan sungguh aku
aku rasa sebab aku terlampau risau
disebabkan doktor suruh aku admitted awal
dan bacaan bsp dan risau tentang hal2 yang berlaku
dan bakal berlaku..entahlah...
tambahan pulak aku tak bleh tido .....uwaaaa
aku cam nak nangis je...
tapi dengan muka selamba aku minta
jasa baik doktor supaya bagi aku pelepasan dr g spital ari nih...
hehehehe...dan doktor bagi aku last chance tuk wat bsp tu senin depan
tapi dengan konfidennya aku bgtau doktor yg weekend ni aku mesti dah deliver punya...
ngeeee...sungguh....over konfiden!
apa pun aku pasrah dan redha lepas ni kerana
setakat hari ni aku dah cuba mengawal emosi dan buat yang terbaik utk diri dan bb
tapi siapalah aku tuk mengatasi ketentuan Allah?
Ya Allah aku mohon semoga urusanku dipermudahkan.amin.

Friday, January 7, 2011

Menghitung Hari

hanya beberapa hari
beberapa minggu je kut...
entah
tapi yang pasti...
aku sedang menghitung hari
menanti dan terus menanti
semoga
semuanya selamat.

Thursday, December 23, 2010

TerKejuT

macam tak percaya
tapi itulah kenyataannya...
esok aku akan ke JSH
untuk jumpa pakar jantung...
entah
aku pun tak tahu kenapa aku dirujuk kesana...
tapi aku benar2 berharap semoga
semuanya tiada apa2...
sebab aku dah mula rasa risau......
arghhhh

Friday, December 17, 2010

Khabar

bila dengar khabar org dah selamat melahirkan
cemburu betul ....
lebih2 lagi dengar diaorg dpt anak lelaki
uishhh...
lagi cemburu
bila la...
aku pun tak tahu....
tak sabar menunggu....
harap2 bb ni keluar
sebelum cik sue dia bersanding...
ngeeee...
sebab nanti dapatlah ibu dia mengepoh sama....kan...
kan..?...poyo betul

Wednesday, December 8, 2010

SeLaMaT

hari ni dengar khabar
adik ipar dah masuk labour room
utk proses bersalin
aku doakan semoga dia selamat dan sihat
begitu jugak ngan bb dia.
Kelmarin aku wat bsp
alamak...bacaan kul 8:30 mlm
aritu agak tinggi
sebab tekak aku mengada2 lah pulak nak makan pisang goreng!
tempah bala nampaknya...
esok siaplah aku kena bebel ngan doktor
aku harap agar semuanya selamat.
pada ibu2 yang baru melahirkan
aku ucap tahniah....
pada ibu2 yang baru mengandung pun
aku ucap tahniah
semoga semua orang gembira.

Thursday, December 2, 2010

Tak Sabar


hmmm
minggu ni dah nak masuk minggu ke 32
tak sabar nak tunggu lagi 8 minggu
apa pun aku harap semuanya akan selamat
dan sejahtera...
minggu depan kena BSP lagi
padahal aku ni normal aje...
ish tak faham betul lah prosedur sekarang nih
hmmm...
keadaan aku sekarang walau dah tak mabuk teruk
tapi berat badan still tak capai berat sebelum aku mengandung
makan pun kurang...tak tahu kenapa
mungkin tertekan kut...ngeeee...
arghhhhh

Saturday, November 6, 2010

B.S.P lagi...

sessi kali ni memang penat sikit
mungkin sebab aku dah berumur
atau mungkin sebab tekanan perasaan yang banyak
entah la...aku pun tak tahu
isnin depan kena buat bsp lagi
bsp yang lepas sebelum2 ni memang normal
cuma doktor tak puas hati
bacaan pada bsp yg pertama
agak tinggi sikit...
entahlah
cerewet betul kali ni
mungkin sebab aku dah dua kali keguguran
itu lah pasal...
apa pun aku tak sabar
nak tunggu lagi dua bulan...
doakan aku sihat sejahtera
dan selamat melahirkan.

Tuesday, July 20, 2010

Alhamdulillah

dwa tiga ari nih aku dah mula dapat menyesuaikan diri ngan perubahan hormon yg berlaku, apa pun aku harap agar ia berterusan hingga ke sessi akhir nanti. Aku juga selalu berdoa agar bb ini nanti tabah dan sayang pada aku sepertimana banyaknya penderitaan yang aku lalui sepanjang tempoh ini. (ayat selfish!...) huahuahua...ibu mana yang nak anaknya jadi anak tak kenang budi kan?....so itulah aku harapkan..kerana aku mendapat segala kekuatan dr bb ini...

Monday, June 7, 2010

TaKde SeleRa

argh sejak dwa menjak ni tekak aku semacam je
semua mende yang aku boleh telan sebelum ni
dah jadi benda asing bagi tekak
macammana eh?
aku pun dah tak tahu nak buat camne
tiap2 malam aku cakap dengan diri sendiri
esok pagi aku akan ok
tapi hasilnya...
emmmm....
kalau la rasa ini boleh dikongsi
aku teringin betul nak kongsi dengan orang yang cakap aku mengada-ngada tuh!
"Ya Allah
janganlah kau bebankan aku dengan bebanan yang tak mampu aku tanggung"

Tuesday, November 17, 2009

HAMPA

memang aku hampa
kerana tidak dapat menikmati sessi 40 minggu
ini dengan sempurna
apa pun aku redha atas ketentuan-Nya
semoga ada hikmah disebalik kejadian ini.
semoga aku terus sihat sejahtera
diberkati dan dirahmati
untuk menikmati
seluruh kehidupan ini.

Friday, November 6, 2009

Sedih

hari ini aku sedey sesangat
sampai air mata aku meleleh sendiri
tanpa dapat dikawal
entahlah aku pun tak tahu
tadi aku dah keklinik
doktor bagi aku cuti
suruh berehat
tengok dalam dwa tiga ari nih
apa akan jadi...
Ya Allah janganlah kau bebankan aku
dengan bebanan yang tak mampu aku menanggungnya.Amin.

Wednesday, October 21, 2009

Gastrik

Ah tensennya
pepagi buta ari nih perut dah buat hal...
seb baik ada poliklinik yang buka 24 jam
pergh lama tak kena camni...
konon2 nak bertahan...boleh handle
last2 menangis jugak sebab dah tak boleh nak berjalan!
poyo...kelako...
lepas makan ubat dan kena injection
baru legaaa...

kenapa ek?
letih la camni..
ke aku stress?
heheheh..stress la sangat...!