Monday, March 29, 2010

AnniVersaRy

hepi anniversary untuk kami...
tahun ni masuk tahun ke 12
kami menjalani kehidupan bersama
semoga Allah
sentiasa bersama kami
merahmati dan memberkati seluruh kehidupan kami.
Memberikan kami anak2 yg soleh dan solehah
memberikan kami kesihatan dan kesejahteraan
yang berpanjangan...Amin.
Cik Abdg Mie
menghadiahkan aku
sepasang kurung moden berwarna pink....
wahhhh...santeekkk....
mekasih sayang...
i love u la...

Monday, March 22, 2010

HuAhUaHua


betapalah aku
kekonon nak mencari punca
kenapa aku asyik la
berubah mood
nak makan gulai cili padi saja...
asyik sakit perut
(masuk angin)
menyamai sakit gastrik
sakit pinggang
tapi tengok lah
hasilnya
negatif kan!
huahuahua
poyooooo

Wednesday, March 17, 2010

dating

aku keluar uruskan hal budak pekerja asing
so amik masa makan tengahhari ngan cik abg mie
makan nasi ayam...
entah peveret dia skrg ni asyik la nasi ayam je..
layannn
abis makan nasi aku siap amik kopok lagi
ya ampun
bila dah mula makan
makan manyak pulak..
buruk eh
dah le minum air milo campur horlicks...
ish ish ish..
cik abg mie sempat komen cket
dia kata bawak2la bersenam...
apa maknanya tuh????
sila jawabbbb...
heheheeh
lu pikirlah sendrik!

Saturday, March 13, 2010

mY eVeryThinG

Lega rasanya bila tahu sakit abg Mie tu tak teruk sangat
kaki kanan dia bengkak (bukan kaki yg kena operated)
bila berjalan sakit...lepas doktor bagi suntikan ok sikit
demam selsema tu biasalah...
aku harap dia ok aje
sempat aku ajak dia g beli bekalan air bersih
utk anak2 kat tesco sri alam ptg semalam
sebelum ambil cik wina dari taska.
Aku harap sangat supaya dia sihat sejahtera
dilindungi oleh Yang Maha Esa
kerana bagiku dialah segala2nya...
dalam hidup aku dan anak2

Friday, March 12, 2010

SakiT

ABG DPT MC ARI NI.
12 Mar.2010 09:35
From : Abg Mie Sayang
*
*
*
Ringkas je sms cik abg Mie
tapi dah cukup buat aku risau
yelah sejak 2 minggu lalu dia asyik la komplen
kaki dia yg kena operated tahun dulu sakit sangat
last week plak kaki dia bengkak!
Aduss risau pulak hati ni...
meeting mula lewat pula hari ni
La ni baru abis meeting
ada pulak keja kena siapkan...
takpe aku amik cuti hari ni..
kerja?
alah...nak tunggu siap sampai bila pun tak siap...!!!!
so...ari ni aku kena jaga cik abg mie...
siann dia
byeee

Wednesday, March 10, 2010

TeKniK @pa2 Je

huahuahua
semalam bekalan elektrik terputus...lama lah jugak
so tepaksalah pakai lilin.
makanya bebudak ini terpaksalah membuat
homework dalam cahaya samar2 lilin tu...
dengan dipantau oleh aku
aka
"ibu yg tak tahu"
atau dalam bahasa kasarnya
"ibu bodo"....
heheheheh
ala benarnya aku saja2 buat bodo
nampak mcm tak tahu sgt benda tu...
sebab bila aku tunjuk pandai depan anak2
dyerang pulak
lebih2 nak suwoh aku ajar...

sebenarnya aku nak mencuba teknik ini, iaitu teknik buat2 bodo..bila aku tak tahu..aku tanya apa yang dyerang belajar kat skola. Lepas tu aku akan cakap " eh..ini dulu ibu tak pernah belajar tau!...macamana..macamana ek..cuba ajar ibu...ibu nak tahu jugak..."

heheheheh

selepas itu anak2 aku akan akan mengajar aku balik apa yang dyerang dah belajar kat skola! dengan ini dia akan ingat balik input yang dia dapat kat skola untuk mengajar balik "ibu dia yg bodo" ini supaya ibu dia faham....

tak kisahlah kalau dyerang kata aku ni "tak reti" ke "bodo" ke

yang penting apa yang aku nak

anak2 faham dan tahu apa yang cikgu dyerang ajar kat skola...at least aku tahu anak2 aku ada kefahaman yang bagus dan boleh mengingat balik apa yang telah dyerang belajar sepanjang ari. Aku akan teruskan cara begini sehingga aku terdaya..maklumlah anak 4 orang...banyak aku kena belajar..macam semalam je aku ada belajar banyak perkara pasal hadas besar, hadas kecil, sirah nabi, perjanjian hudaibiyah, sains, matematik, kajian tempatan dan banyak lagi la...sampai aku masih ingat lagi perbualan2 antara aku dan anak2..seronok tau kawan2...kalau nak rasa keseronokan itu dan melihat perkembangan positif anak2 kita CubaLah...gerenti sukses!

Tuesday, March 9, 2010

SeLeRa

Cuti sekolah belum bermula
tapi budak2 ini telah dicutikan oleh ibunya sendrik...
heheheheh
ini disebabkan oleh faktor2 teknikal yg tak dpt dielakkan
harap mahap cikgu2 semua!
sebab budak2 ini terpaksa
mencutikan diri dari perbarisan sukan
menyertai acara sukan
dan
macam2 sukan
sebab ujian dan abis...
sepanjang masa bercuti
budak2 ini semua sangat la laparnya
situasi ini dirakam didalam bilik Eastin Hotel
dimana keadaannnya
sebenarnya dyerang sudah pun makan
nasi ayam sepinggan sorang
tetiba masuk bilik eh..lapar lagik..
aduyaiii...
seb baik la aku ni ngan baik ati
membelikan nasi lemak dan beberapa bungkus mee siam
yg kelakonya
bila ditengok rupe mee siam itu
barulah cik wana kata
"Oooo...ini rupanya mee siam...mee hoon aje..."
Laa...siannya depa tak tau ka
mee siam tu mee hoon goreng..
ngeh...ngeh..ngeh..

dan seb baik la jugak aku ni sangat pandai
untuk menyediakan tid bit dyerang
sebelum ke kay el..
ya lah...korang ingat kalau aku kat kelas
ada ke bapak dyerang nak layan...hmmm
harus derang mengamuk sakan
adalah bernasib baik aku sediakan bebanyak
supaya dyerang tak buat hal...
at least stok coklat dan biskut oreo cik wina tetap ada
ya lah...kalau tidak sapa yang susah..
aku jugak yg susah
sebab nanti bapak dyerang malas nak bawak derang lagi...
hehehehe...
takde lah camtu...bapak dyerang baikkk...
apa pun dyerang
sangat lah Hepi nye menjalani hidup seadanya...
huahuahua
sebab dyerang kata
"terima kasih ayah...terima kasih ibu!"
memadailah tu...

Monday, March 1, 2010

kurang vitamin


sepanjang musim panas ni
cik wina tak berapa sihat sangat
menurut kata cik wina sendiri
dia kurang vitamin
sebab itu dia sibuk suruh belikan vitamin
memula dia suwoh belikan vitamin yang a, b, c tu..
ala...apa tu namanya...appeton !..ha...tu lah
pas tu bila ternampak pulak
kotak scott's ini
la sudah..yang ini pulak dia nak...
menurut kata dia lagi
ini bagus...
hmmm ye lah tu...
dan aku pun membelikannya la
sesampai kat umah
rupa2nya
dah ada 3 botol scott's yang aku beli...
hehehehe
ish..ish...ish..cik wina...cik wina...