
sebenarnya aku nak mencuba teknik ini, iaitu teknik buat2 bodo..bila aku tak tahu..aku tanya apa yang dyerang belajar kat skola. Lepas tu aku akan cakap " eh..ini dulu ibu tak pernah belajar tau!...macamana..macamana ek..cuba ajar ibu...ibu nak tahu jugak..."
heheheheh
selepas itu anak2 aku akan akan mengajar aku balik apa yang dyerang dah belajar kat skola! dengan ini dia akan ingat balik input yang dia dapat kat skola untuk mengajar balik "ibu dia yg bodo" ini supaya ibu dia faham....
tak kisahlah kalau dyerang kata aku ni "tak reti" ke "bodo" ke
yang penting apa yang aku nak
anak2 faham dan tahu apa yang cikgu dyerang ajar kat skola...at least aku tahu anak2 aku ada kefahaman yang bagus dan boleh mengingat balik apa yang telah dyerang belajar sepanjang ari. Aku akan teruskan cara begini sehingga aku terdaya..maklumlah anak 4 orang...banyak aku kena belajar..macam semalam je aku ada belajar banyak perkara pasal hadas besar, hadas kecil, sirah nabi, perjanjian hudaibiyah, sains, matematik, kajian tempatan dan banyak lagi la...sampai aku masih ingat lagi perbualan2 antara aku dan anak2..seronok tau kawan2...kalau nak rasa keseronokan itu dan melihat perkembangan positif anak2 kita CubaLah...gerenti sukses!
No comments:
Post a Comment