Monday, November 23, 2009

Makan Petang DiBukit Dahlia


balik keja petang semalam
aku dah plan nak bawak budak2 g bukit dahlia
saje...sian sebab 1 hari suntuk aku asyik lah kat opis
kalau aku jadi anak pun
aku mesti tak suka
emak aku asyik takde je...keja..keja..keja...

cik wina pulak sakit gigi rupanya...
Ya Allah kesiannya aku tengok dia...
pandai pulak sikakak wani tampal pad herba tu kat pipi dia...
hehehehe..cam tu lah anak ibu! sayang adik..



dalam pada sakit2 gigi cik wina hepi berlari kesana sini
ngan kakak2 dan abg dia...
itupun lepas jenuh aku pujuk dia makan chicken wing...
selalunya dia kuat makan
tapi disebabkan gusi dia bengkak
dia kata dia dah kenyang...
alahai..tak puas hati betul aku...
kesian cik wina!

Seronok pulak makan2 atas bukit tuh!
maklumlah dah lama benar aku tak kesini...
dengan sandwich, fries dan chicken wings
sahaja pun
dah cukup menyelerakan anak2 aku...
tambahan pulak ada sekumpulan anak2 muda berkumpul
buka lagu ngan kuat sekali...
ah...tak payah g konsert...
sekali skala best jugak xtvt nih...
cuma terlupa nak bawa khemah cik wina...
len kali kut...







Sunday, November 22, 2009

Patut ke


tahu tak?
tak tahu kan?
setiap kali aku balik ofis sejak2 aku sakit ni
kaki aku asyik la membengkak
sampai aku nak mencangkung pun sakit giler
so semalam aku nekad redah umah kawan aku
amik ini pad ok untuk ditampal di tapak kaki aku..
patut ke?...
patut tak patut laa...
yang penting ini pad membantu aku...
ahhh..memang nyaman
dan membantu betul...
mekasih la cik zurin ya!

MOTIVASI

hahaha
gambar ni memang aku slalu bawak g mana2
lagipun aku letak dlm diary
atau dlm buku yang sedang aku baca...
nak tahu kenapa?
nape ek?
.......
*
*
*
hmmm
inilah motivasi aku untuk kurus!
hehehe
kekonon aku nak dapat balik berat badan aku dulu
55 kg!
agak2....bila ek...kekadang aku pun konfius...
tapi apa yang aku tahu berat aku skrg dah susut 4 kilo!
ada harapan nih...
caiyok! caiyok!

Saturday, November 21, 2009

Apa Nak Dikata

Sebelum berakhirnya sessi persekolahan ari tu
anak-anak sibuk suruh aku memasak tuk jamuan kelas
baru dwa hari aku kuar spital
dah macam-macam pulak keja kena buat
dahlah kena bayar duit jamuan
kena masak lagi...hai...macam2 pulak permintaan nya
Nasib baik jamuan budak2 pada hari yang sama
kalau tak...jawabnya aku beli aje..hehehe
keputusan sekolah agama derang
dah dapat...
cuma aku sikit kecewa ngan prestasi cik wani
dia tak lulus untuk naik ke darjah 5...
apa nak dikata?...
aku pun tak salahkan dia seratus peratus...
yalah..dengan keadaan kesihatan dia yg slalu terganggu...
kesian pulak...
masalah resdung...tonsil...selalu demam panas..
macamana?...sian betul...
tak apalah...
untuk cik wana dan cik muhammad semua ok..takde masalah
apa pun aku tetap sayang derang
sebab derang selalu ada
masa aku perlukan derang...
tsk..tsk..tsk
aku memang emosi sikit..sejak2 akhir ni...
tak tahu kenapa...
oh ya..pasal cik wina
aku belum register dia kat mana2 sekolah lagi
bila agaknya
aku asyiklah sibuk ngan masalah sendiri
sampai lupa tanggungjawab yang satu ini...
hmmm..apalah nak jadi ek...

Tuesday, November 17, 2009

HAMPA

memang aku hampa
kerana tidak dapat menikmati sessi 40 minggu
ini dengan sempurna
apa pun aku redha atas ketentuan-Nya
semoga ada hikmah disebalik kejadian ini.
semoga aku terus sihat sejahtera
diberkati dan dirahmati
untuk menikmati
seluruh kehidupan ini.

Friday, November 6, 2009

Sedih

hari ini aku sedey sesangat
sampai air mata aku meleleh sendiri
tanpa dapat dikawal
entahlah aku pun tak tahu
tadi aku dah keklinik
doktor bagi aku cuti
suruh berehat
tengok dalam dwa tiga ari nih
apa akan jadi...
Ya Allah janganlah kau bebankan aku
dengan bebanan yang tak mampu aku menanggungnya.Amin.

Thursday, November 5, 2009

Lelaki ini

semalam lelaki ini sakit
dapat cuti sakit
aku bergegas balik
sebab jarang dia sakit
so aku temankan dia
supaya sekurang2nya ringan cket sakitnya
agaknya la tuh!
aku ajak dia g lunch kejap
kat mana lagi kalau tak kat McD...
boring je lelaki ini...hehehe
terpaksa jugak ngikutkan
biasalah aku ngan fillet o fish...dan lelaki ini dgn big mac dia...kesian lelaki ini
kerana ada orang sakit hati pada aku
dia yang jadi mangsa
dalam diam rupa2nya
lelaki ini dikenakannya
aku tak tahu dan setelah semalam
kak H datang membersihkan rumah
dan cuba uji lelaki ini
lelaki ini pengsan tidak sedarkan diri
mula beraksi dan bercakap tetapi bukan lelaki ini
aku tak tahu nak kata apa lagi
benci dan sakit hati....
macam2 perasaan ada
tapi akhirnya aku tahu Allah ada
untuk membalasnya
semoga orang itu diberikan kesempatan untuk bertaubat.
aku harap lelaki ini tabah seperti selalu
sebab aku dan anak2 amat memerlukan lelaki ini
aku sayang lelaki ini
semalam aku teringin nak makan buah ni
lelaki ini telah membelikannya untuk aku
terima kasih
semoga allah melindungi kita semua
dari segala bahaya dan perbuatan jahat orang.

Monday, November 2, 2009

N*u*r*s*y*a*z*w*a*n*i

hari ini anak aku cik Wani hepiii balik dr sekolah
maklumlah dapat hamper...
hmmm..baguslah hepi2...
dia dpt tempat ke 14
masa sekolah buat
KadRaya Ton time raye ari tuh!
jadi laa...
berbalas jugak susah payah dia
suruh sepupu dia derma masa raye tuh...hehehehe
macam-macam...