Friday, July 17, 2009

Rawatan Resdung

assalamualaikum dan salam raya.
ptg semalam aku balik awal memandangkan abg sibuk sgt kebelakangan ini,
balik kerja aku terus memasak asam pedas, goreng sayur dan goreng ikan sahaja.
ptg semalam anak-anak dicutikan sekolah agama so, adalah kurang sikit beban kerja yang dibuat...Dalam pukul 6:30 selepas amik muhammad kat sekolah abg pun sampai. Siap2 untuk makan malam sebab lepas solat maghrib dah buat temujanji ngan Kak Mala untuk buat rawatan resdung pada Cik Wani...gitu gini hampir 8:30 jugak sampai kat salon kak mala...cik wani disuruh berbaring diatas katil untuk mendapatkan rawatan..adik2 dia pulak yang takut..asyik tanya.."ibu..kenapa kakak?"..hehehe..aku diam je..malas nak jawab..selepas itu aku tengok pekerja kak mala mula menghidupkan api pada...batang apa ntah!..dan mula meletakan didahi cik wani..eeeee..cam tu rupanya...terbatuk2 cik wani...
Bila cik wani tak tahan ngan asap, kak mala suruh pekerja dia guna kaedah tekap pulak..aku dengar ajelah..sebab kak mala tengah sibuk buat facial untuk customer yang lain...aku pun sibuk gak..menempel tepi kak mala..at least aku tahu bagaimana nak cuci muka ngan betul tau...hehehe..jangan marah...sian cik wani sampai meleleh air mata dia aku tengok...dia kata pedih mata...pas tu aku suruh dia dok diam2 sebab tangan dia asyik la nak menggaru muka, dagu dan hidung..tak lupa menenyeh matanya...hmmm..wani..wani...
banyak jugak hama yang keluar dari proses yang dibuat itu...dulu penah gak aku bawa anak aku ni g klinik...namun hasilnya tiada pun...kata kak mala...tabiat pemakanan budak2 ni kadang2 yang mempengaruhi dan menyebabkan resdung terjadi...setelah selesai muka cik wani dibersihkan..disapu krim dan di pakaikan masker...hmmm..bestnyer..aku kata pd wani..ehmm ibu pun tak pernah wat facial kakak...dia diam je...selepas dibuka maskernya..muka cik wani dibersihkan lagi dan disapu pula ngan aura seri.....semoga wani sembuh...sebab sedikit sebanyak penyakit2 cam ni telah menyebabkan dia tidak dapat menumpukan perhatian disekolah...ditambah pula dia juga menghidap tonsil..kadang2 kesian pd dia..sebab dah ditukarkan kelas ke kelas ke 2...insyaallah..kalau dia belum ok..aku akan bawa dia semula berjumpa kak mala pada 31 julai nanti...lagipun kak mala punya service..besttt...

Apa pun mekasih pada cik abg mie yang telah menaja kos rawatan ini sebanyak RM30.00..murah je kan?..hehehe..namun apa yang penting semoga cik wani ceria sentiasa kerana aku sayang dia.

No comments:

Post a Comment