Friday, February 12, 2010

Teman Sejati



sepanjang masa aku ada kelas dan kursus
cik abg mie setia menghantar dan mengambil aku
setia menjaga anak2 kami
setia mengurus keperluan sekolah anak2 kami
setia menjaga kebajikan kami
setia menyedia makan minum kami
ah...betapa beruntungnya aku dan anak2
semalam usai solat maghrib berjemaah
dia meminta satu permintaan
supaya aku dan anak2 akan mengikutinya
pulang kekampung halamannya...
Ya...aku akan menuruti dia walau kemana sahaja
asalkan aku sentiasa disisinya...
kerana aku sayangkannya
kerana dialah teman sejati aku...
saling berjanji setia sampai ke syurga!

No comments:

Post a Comment