Thursday, August 27, 2009

BerTuaH punya BudaK!

ni lah aksi cik wina memakan biskut pepagi tadi
sambil dia membebel-bebel
malam tadi nak dijadikan cerita
aku ke klinik malam tadi kerana sakit tekak dan batuk
tambahan pulak badan sakit-sakit
doktor nak bagi mc tapi aku tak nak konon-kononnya...
maklumlah kerja berlambak
Abang pun dapat mc jugak
so dia berehat la kat umah hari ini
tapi yang kelako nya cik wina la
sambil makan2 biskut tu dia sempat membebel
dia kata
"ibu ngan ayah asyik-asyik demam je, tengok ina ni dah tak sema-sema (selsema) dah"
ya ke? aku tanya...dia jawab...
"ya lah sebab allah dah angkat sema-sema ina kelangit sebab ina selalu baca doa!"
la..pulak!.....ya ke? aku tanya lagi...pas tu dia kata lagi..
iya ibu, ina baca ya allah sejahterakanlah tubuh badanku, sejahterakanlah pendengaranku dan sejahterakanlah penglihatanku...ha..sebab tu la...(doa ini dia belajar kat taska)
Oooooohhh...aku jawab dengan pening nyer...suka hati wina lah....
agaknya ada betulnya jugak kot..abis doa minta macam2 tapi tak pulak terfikir nak berdoa cam tu ek...isk..isk..isk..siannya aku...

No comments:

Post a Comment