Friday, January 8, 2010

MeNuMpaNG


Alkisahnya
si budak wina ini
telah mula menunjukkan
reaksinya yang sebenar
tentang kes
aku menghantarnya kerumah kawan aku...
jeng jeng jeng
akibat dari itu
cik wani kena bercuti sebelah petang tadi
memandangkan cik wina
bertegas
tak mahu ke rumah cikno!
sehinggakan dia berkata
"tak apalah ina berenti skola je..ina nak duduk umah!"
akhirnya
aku buat keputusan
untuk menelefon Taska Kyrana
bagi menghantarnya semula ke Taska...
dan mungkin rezeki cik wina
pengusaha taska
bermurah hati untuk memberikan diskaun
pada yuran penjagaannya...
alhamdulillah
sebenarnya itulah yang dia mahukan...
aku tahu...
dan aku juga sedar
bahawa
kadang-kadang
kita ini sebagai ibubapa
sebenarnya
kita menumpang rezeki anak-anak kita!
kasihilah mereka
dan kasihanilah mereka.

No comments:

Post a Comment